Pengalaman melawat Songhkla Zoo

Songhkla Zoo adalah salah satu tarikan utama dalam wilayah ni. Terletak 30km dari Hatyai dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan kereta. Apa yang best disini?:

  • Size zoo ni besar sangat dan memang jangan harapla untuk jalan kaki macam kat Zoo Negara
  • Boleh bawa kereta masuk dan ronda ronda dalam zoo. Kelebihan kepada warga tua dan anak2 yang tak larat jalan.
  • Since boleh bawa kereta sendiri, so terpulang la nak berhenti dimana dsb. Kalau di Zoo Taiping walaupun tram disediakan, tapi tram ni jalan 1 round sampai habis tanpa henti. Ada zoo yang sediakan tram tapi ada bayaran tambahan.
  • Walaupun dinegara bukan Islam, surau memang senang dijumpai dan besar
  • Harga makanan dalam zoo ni sama macam kat luar zoo. Tak lama mcm zoo malaysia yang selalunya mahal sikit
  • Ada waterpark free. Kami boleh keluar makan dan masuk semula semata-mata anak nak main waterpark.
  • Kita rasa dekat dengan binatang. Makanan untuk binatang seperti hippo, gajah, zirafah, burung dan tenuk ada dijual pada harga THB20. Kita boleh bagi makanan kat binatang.
  • Binatang macam rusa bebas berkeliaran dalam kawasan zoo dan kita boleh sentuh. Hati hati semasa pandu kereta takut terlanggar rusa pula nanti.
  • Ada 3 jenis pertunjukan binatang disini.
  • Tiket valid untuk satu hari. Kami keluar dari Zoo untuk makan tgh hari dan masuk kembali.

Operasi : 9am~5pm
Tiket masuk: THB150 dewasa. Kanak2 free.