Cara nak buka akaun Maybank untuk anak
2 hari lepas saya bawa anak ke Maybank Jalan Ong Yi How Butterworth untuk buka akaun. Bank bukan pada pukul 9:30am dan nasib baik saya ingat yang bank mewajibkan pelanggan yang datang untuk pakai mask. Bila dah masuk, ada staff yang tunggu kaunter dihadapan. Bila saya bagitahu nak buka akaun untuk anak, staff tersebut bagitahu kena bawa surat beranak original. Kecewa. Kami pun terpaksa pulang dan datang semula keesokan hari sebab nak datang pun bukan dekat. Esoknya kami datang sambil bawa surat beranak anak. Urusan nampak lancar pada mulanya dan kami diberikan borang untuk diisi dan juga nombor giliran. Selepas nombor kami dipanggil, dipertengahan proses staff Maybank minta handphone. Rupanya nak buka akaun Maybank perlu ada handphone juga. Tujuan lebih kepada pengaktifan akaun MAE apps. Anak pula tak bawa handphone. Aduhai....semalam staff yang kat kaunter depan tak cakap pula kena bawa handphone. Tak pasal datang pada hari kedua juga sia sia. Maka saya nak ingatkan d...