Sijil Sony Eye: Pengakuan Kualiti bagi Pekerja dan Pembekal.
Ketika saya bekerja di Alps dahulu, sesiapa yang mempunyai Sony Eye ini boleh dikatakan hebat. Apabila kita mempunyai sijil ini, ia menunjukkan tauliah dan keyakinan Sony dalam memeriksa kualiti produk Sony dari segi luaran seperti warna, cetakan, tulisan, calar, dan lain-lain. Kita ada kebolehan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum reject sesuatu , dan bukan setiap kecacatan produk perlu ditolak. Supplier Sony juga harus memperoleh sijil ini sebagai satu langkah yang membantu meningkatkan pengeluaran produk Sony. Oleh kerana kuantiti produk yang dihasilkan pada masa itu adalah sekitar 200k sebulan untuk satu model, maka supplier perlu menyediakan berjuta-juta komponen untuk menghasilkan keseluruhan produk berjenama Sony termasuk untuk model lain. Secara realitinya, jika ada masalah kualiti dalam proses pengeluaran produk ini, ia akan mengganggu pengeluaran dan membawa akibat negatif pada hasil pendapatan untuk keseluruhan rantaian pembekal. Mereka dari jabata...