Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

Nasi Lemak Ayam Berempah Thailand sedap di Sungai Dua Butterworth

Imej
Hari ni bini saya belanja RM72 untuk nasi lemak murid-murid. Nak bagi semangat kat anak murid supaya datang ke kelas tambahan untuk SPM katanya. Nasi lemak ni memang sedap. Pernah bini saya beli nasi lemak lain sebab gerai nasi lemak ni cuti, memang kecewa murid-murid hari tu. Ada juga bini saya cadangkan tukar ke roti canai sedap tapi murid-murid nak nasi lemak ni juga. Tak malu untuk saya katakan yang nasi lemak ini adalah yang paling sedap di Malaysia. Kalau ada yang lain lebih sedap, tolong beritahu untuk saya cuba. Tapi korang kena cuba ni dulu lah sebelum nak rejimen yang lain tu.  Nasi lemak ni harga RM1.20 sebungkus. Sebelum ni RM1. Baru baru ni je naik harga 20 Sen sebab harga beras naik. Telur dadar tu saya buat sendiri.  Yang jual nasi lemak ni adalah warga Thailand. Saya difahamkan beliau datang dari wilayah tengah Thailand. Maka rasa masakannya memang lansung lain dari rasa Melayu. Kemudian kahwin dengan orang Melayu ala ustaz dan dah lebih 20 tahun du...

Makan di Padang Kota 2024

Imej
Last sekali bawa mak jalan penang tahun adalah pada 2016. Kami pun rasanya last pergi pulau pada hujung tahun lepas masa anak perempuan kami balik rumah. Kami yang duduk dekat ni pun payah nak pergi Pulau sebenarnya.  Kali ni lepas kenduri anak sepupu kahwin di Penaga, kami ambil kesempatan bawa Mak jalan pulau. Singgah Padang Kota. Jalan jem tapi agak mengejutkan juga kat tempat makan di Padang Kota tak ramai orang. Bila orang tak ramai, memang tak selesa lah bila semua orang berkerumun kat meja kami berebut nak ambil order (rebut pelanggan).  Nak berehat sebentar lepas penat mengharungi trafik sesak pun payah. Masing masing tak sabar nak ambil order. Kami datang sini nak makan pasembur sahaja dan maklum lah kami baru lepas balik dari makan banyak lauk kenduri. Tapi macam macam mereka kami offer kat kami.  Lepas makan, kami bersiar-siar di tepi laut Padang kota. Meriah juga suasana disini. Lepas tu kami pun pulang dan saja lalu di depan nasi kanda...

Hartanah: Beli Nak Murah, Jual Nak Mahal

Imej
2 tahun lepas ada pembeli beli rumah yang saya jual. Oleh kerana keadaan pangsapuri yang teruk maka pembeli nego harga sampai jadi RM165k. Semalam pembeli tersebut yang sekarang dah jadi owner contact saya nak jual balik rumah tu dengan harga RM250k. Setiap minggu saya lalu depan pangsapuri tu. Saya tengok makin teruk keadaan pangsapuri tu. Sedangkan owner dulu pun tak mahu beli mahal untuk rumah tu,  sekarang dia pula harapkan ada orang beli harga mahal. Memang lumrah setiap orang pun nak duit lebih. Tapi biarlah berpada. Kebanyakan penjual rumah memang asalnya nak harga tinggi dan kami perunding hartanah ni lah yang bincang untuk jual rumah tersebut dengan harga yang munasabah. Itu pun ada juga orang yang siap siap beritahu nak beli secara terus dari pemilik rumah. Tak mahu melalui ejen hartanah. Silakan. Beli rumah melalui ejen hartanah sebenarnya bukan sahaja lebih murah malah lebih selamat. Banyak juga kita pernah dengan penjual menghilangkan diri selepas bayar dep...

Kos sara hidup yang tinggi di Pekan, Pahang. Cabaran anak muda.

Imej
Lebih 10 tahun yang lalu di Pekan Pahang, saya dan kawan saya yang bernama Ahmad Zakri selalu makan tengah hari di warung depan kilang Hicom Automotive Manufacturing ( M) Sdn. Bhd. Warung itu dimiliki oleh orang Melayu Kemboja dan menawarkan harga makanan yang agak murah berbanding warung lain di Pekan. Warung itu telah menjadi tempat kegemaran kami kerana selain dari harga yang agak berpatutan, makanan yang disajikan juga sangat sedap. Namun, hari ini setelah lebih dari 10 tahun tidak singgah ke warung tersebut, saya cuba singgah makan di sini dan teruja apabila melihat ramai budak muda sedang makan di sana. Saya menganggarkan mereka adalah pelajar dari Universiti Automotive atau mungkin operator baru di kilang. Saya teringat betapa harga makanan di warung itu agak murah dahulu, tetapi hari ini apabila saya membayar, saya terperanjat. Sepinggan nasi dengan lauk ikan keli goreng dan tempe goreng campur macam gambar dikenakan bayaran sebanyak RM11.50! Biasanya kalau ditempat...

Tekanan darah saya turun selepas kerap minum air limau. Bagaimana?

Limau adalah buah yang kaya dengan nutrisi penting, dan salah satu manfaatnya adalah kemampuannya untuk menurunkan tekanan darah. Limau mengandungi banyak vitamin C, serat, dan bahan antioksidan yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah.  Saya sendiri adalah penghidap tekanan darah tinggi yang susah untuk kurangkan tekanan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis ubat dan dos. Namun tekanan darah saya turun selepas saya mengamalkan minum air yang dicampur limau. Ada pelbagai limau yang saya telah cuba. Limau nipis, limau purut, limau Kasturi malah lemon juga pernah saya gunakan. Namun atas faktor kos dan mudah, saya lebih banyak menggunakan limau Kasturi berbanding yang lain. Jangan gunakan jus limau yang dijual di kedai.  Salah satu cara limau membantu menurunkan tekanan darah adalah melalui kandungan kaliumnya. Kalium adalah mineral yang membantu menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh dan mengurangkan tekanan darah. Dengan memakan limau, anda dap...

Kisah Bateri Kereta Rosak di Dalam Perjalanan dan bagaimana Applikasi Honda Connect boleh bantu kita dalam kesulitan

Imej
Semalam, saya dan keluarga sedang dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuantan. Segala persediaan sudah dilakukan termasuk mengisi minyak dan pam tayar. Namun, ketika kami sedang melalui jalan antara Lanchang dan Temerloh, kami terpaksa berhenti untuk ke tandas. Selepas selesai urusan di tandas, saya dapati kereta tidak boleh dihidupkan.Saya cuba hidupkan enjin beberapa kali tetapi tiada tanda-tanda enjin boleh hidup.  Kami buntu sebab tempat tersebut adalah asing bagi kami dan kedai-kedai di situ dah nak tutup. Kami cuba Call Batteryku dan beberapa kedai lain yang kami jumpa dari Google, tapi mereka semua tidak mempunyai stok untuk bateri kereta kami. Untungnya, ada seorang pakcik dari Sungai Petani yang sedang mengisi minyak di situ. Dia bersedia untuk menolong kami dengan jump start kereta. Dengan bantuan pakcik tersebut, kami dapat meneruskan perjalanan dan akhirnya singgah untuk bermalam di rumah adik ipar di Bera sementara untuk menyelesaikan masalah bater...

Tanda Bahaya: 10 Sebab Mengapa Jual Beli Hartanah Tidak Sah Jika Penjual Telah Diisytiharkan Muflis

1. Risiko Kehilangan Wang Apabila penjual hartanah telah diisytiharkan muflis, terdapat risiko yang tinggi untuk pembeli kehilangan wang yang telah dibayar untuk hartanah tersebut. Ini kerana penjual mungkin tidak mampu untuk mengembalikan wang tersebut kepada pembeli jika sesuatu tidak diingini berlaku.  2. Tidak Sah Menurut Undang-Undang Jual beli hartanah dengan penjual yang telah diisytiharkan muflis adalah tidak sah menurut undang-undang. Ini bermaksud bahawa pembeli tidak akan memperoleh perlindungan undang-undang dalam kes ini. Perjanjian jual beli yang ditandatangani oleh penjual muflis tidak laku.  3. Risiko Litigasi Apabila penjual muflis, terdapat risiko yang tinggi untuk pembeli terlibat dalam proses litigasi yang panjang dan merumitkan. Ini boleh membawa kepada kos guaman yang tinggi dan kehilangan masa yang berharga. 4. Tidak Boleh Dipercayai Penjual yang telah diisytiharkan muflis mungkin tidak boleh dipercayai dalam urusan jual beli hartanah. Mereka mungkin ter...

10 Sebab Mengapa Kenderaan Tentera Perlu Menggunakan Laluan Paling Kanan di Lebuhraya: Keutamaan Keselamatan dan Kecekapan Operasi"

Kenderaan tentera memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan negara dan menjalankan operasi tentera yang penting. Dalam usaha untuk memastikan kecekapan operasi dan keselamatan, adalah penting untuk memastikan bahawa kenderaan tentera menggunakan laluan paling kanan di atas lebuhraya. Terdapat beberapa sebab mengapa ini penting, dan dalam artikel ini, kami akan meneroka 10 sebab utama mengapa kenderaan tentera perlu memberi keutamaan kepada laluan paling kanan. Pertama sekali, laluan paling kanan memberi ruang yang mencukupi kepada kenderaan tentera untuk bergerak dengan selamat. Dengan melalui laluan paling kanan, kenderaan tentera dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di tengah jalan dan mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu, ini juga membolehkan kenderaan lain untuk berpusing masuk atau keluar dari lebuhraya tanpa mengganggu pergerakan kenderaan tentera. Kedua, menggunakan laluan paling kanan juga memberi kelebihan kepada kenderaan tentera untuk memudahkan akses k...

Bank dan Penilaian Pemohon Pinjaman Perumahan Berdasarkan Industri dan Syarikat

Dalam era ekonomi yang sentiasa berubah, permohonan pinjaman perumahan di kalangan masyarakat tetap sama. Namun begitu, tidak semua permohonan pinjaman tersebut diluluskan oleh pihak bank walaupun pemohon memiliki gaji yang lumayan. Ramai yang tidak sedar bahawa bank tidak hanya melihat kepada gaji semata-mata dalam proses kelulusan pinjaman perumahan. Faktor lain seperti industri tempat bekerja dan reputasi syarikat tempat bekerja juga memainkan peranan yang penting. Salah satu faktor penting yang dipertimbangkan oleh pihak bank dalam proses penilaian pinjaman perumahan adalah industri tempat bekerja. Industri yang dianggap berisiko tinggi seperti sukan, penerbangan dan perhotelan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan. Ini kerana industri-industri tersebut sering mengalami fluktuasi ekonomi yang tinggi dan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan industri lain. Oleh itu, walaupun pemohon memiliki gaji yang lumayan, pihak bank mungkin tidak memberikan ke...

Resipi Mudah Sos Peri Peri ala Nando's dengan Kos yang Murah

Imej
Sos peri peri adalah salah satu bahan yang menyelerakan dari restoran Nando's yang popular. Namun, adakah anda tahu bahawa anda boleh membuat sos peri peri ala Nando's sendiri dengan kos yang murah di rumah? Dengan resipi ini, anda boleh menikmati hidangan kesukaan anda tanpa perlu meninggalkan rumah. Mari kita lihat bagaimana untuk membuat sos peri peri yang lazat dengan kos yang murah. Bahan-bahan yang diperlukan: - Cili kering 10 biji - Bawang putih 4 ulas - Bawang besar 1/2 biji - Daun limau purut 4 helai - Cuka 4 sudu - Garam 1 tsp - Tepung jagung 3 tbsp - Air 1/2 cawan Cara-cara membuat sos peri peri ala Nando's: 1. Pertama, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Pastikan bahan-bahan itu dikisar hingga halus. 2. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. 3. Panaskan sos peri peri sehingga mendidih. Pastikan untuk mengacau secara berkala supaya bahan-bahan itu sebati dengan baik. 4. Selepas itu, sejukkan sos peri peri dan masukkan ke dalam botol...