Sabah Hari ke 4

Kundasang - Kota Kinabalu

Kol 4:30pagi sudah terjaga sebab suhu terlalu sejuk. Dah alang2 nak dekat subuh, so kami pun terus bangun pagi dan mandi. Elok nak mandi water heater lak problem. Mandi ala kadar je. Lepas siap semuanya kami pun keluar untuk menikmati pandangan pagi.



Syok x terkata sebab Gunung Kinabalu kelihatan jelas dan suasana di sekeliling pun amat cantik sekali. Oleh kerana flight kami kol 11:30am dan perjalanan masih jauh, kami decide untuk check out seawal 6:00am.Lepas checkout kami pun makan pagi tapi pihak hotel masih belum bersedia lagi kerana breakfast cuma ready pukul 7am.


Yang ada ketika itu adalah roti, jem, butter, kacang panggang, hot dog dan telur dadar. lepas makan kami pun berjalan disekitar hotel menikmati pemandangan gunung Kinabalu. Tapi waktu kami keluar dari restoran hotel, puncak gunung kinabalu sudah pun dilitupi awan...ohh tidak. Baru jam 7am.



Selepas bergambar, kami pun terus menaiki kereta pulang ke KK. Dalam perjalanan kami masih sempat lagi bergambar.



 Kami tiba di KK lebih kurang pukul 9am. Oleh kerana masih ada masa, kami pun singgah sekali lagi ke Pasar Kraftangan KK.


Ada bakat


Tepat jam 9:30am kami pun bertolak ke Terminal 2 KK dan tiba disana pada pukul 10am. Setibanya kami di airport, saya pun pulangkan kereta sewa dan check in Airasia.



Areef yang tak sabar naik kapal terbang

Nasi lemak airasia memang sedap. Harga MYR10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan