Pemilik dari Neraka va Penyewa dari neraka

Ada satu perkara yang ingin saya kongsikan sebagai perunding hartanah. Adakalanya kami menjual rumah yang sedang disewakan. Dalam pengalaman saya, saya pernah jumpa pelbagai cerita, sama ada sebagai penyewa yang berhadapan dengan pemilik yang kurang bertanggungjawab atau pemilik yang menemui kesukaran dalam berurusan dengan penyewa yang tidak menghormati perjanjian sewa.

Penyewa dari neraka, selalunya penyewa tersebut tidak menjaga rumah sewa dengan baik seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. Mereka mungkin tidak membayar sewa pada waktunya, tidak menjaga keadaan rumah, sehingga rumah itu menjadi seperti pusat pelupusan sampah, atau merosakkan rumah pemilik. Ini menjadikan pengalaman sebagai pemilik tidak menyenangkan kerana keadaan rumah yang tidak terjaga. Kos membaiki mungkin melebihi dari kadar sewa. 

Di pihak lain pula,  pemilik dari neraka bermaksud bahawa pemilik tidak mengambil peduli terhadap keadaan rumah. Walaupun penyewa membayar sewa dengan lancar, pemilik menidakkan mengenai kerosakan yang sepatutnya dibawah tanggungan pemilik atau pemilik bertindak leka terhadap aduan yang dibuat. Ini memberi tekanan kepada penyewa kerana mereka perlu hidup dengan keadaan tidak selesa


Satu perkara yang sangat penting adalah peranan, tanggungjawab, dan akauntabiliti yang perlu jelas dari awal perjanjian sewa antara penyewa dan pemberi sewa. Perjanjian sewa perlu ditulis dengan jelas dan disetujui oleh kedua belah pihak. Ia juga perlu ditandatangani dengan saksi dan dimeterai untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di kemudian hari. Jika perlu, perjanjian itu perlu disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk memastikan bahawa tiada sebarang klous yang tidak difahami oleh mana-mana pihak.

Bagi mereka yang tidak mahu berurusan dengan pemilik dari neraka, satu penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan menyimpan wang dan merancang kewangan untuk memiliki rumah sendiri. Bagi mereka yang tidak mahu berurusan dengan penyewa dari neraka,  mereka perlu melakukan penyaringan yang teliti terhadap calon penyewa seperti yang dilakukan oleh bank untuk pelanggan mereka. Ini termasuklah pemeriksaan rekod kredit, penilaian kewangan, dan lakukan pemeriksaan rumah secara berkala yang perlu dimasukkan dalam perjanjian sewa.

Satu tip bahawa memiliki rumah yang ditinggalkan atau berpenghuni hantu adalah lebih baik daripada mempunyai penyewa yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana berdepan dengan entiti seperti hantu masih boleh diatasi, manakala masalah dengan manusia adalah lebih rumit dan melibatkan undang-undang manusia.

Kesimpulannya, ilmu adalah satu perkara penting dalam setiap urusan. Setiap tindakan perlu dibuat selepas pemikiran yang matang dan berlandaskan kepada ilmu yang betul. Dengan itu, saya post ini dapat memberi wawasan kepada pembaca agar dapat membuat keputusan yang bijak dalam urusan perumahan dan pelaburan pada masa akan datang. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan