Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Kebahagiaan itu mahal

Imej
Kebahagian itu mahal 😢 . "Aku tak pasti dua beranak ni bangla atau rohingya. Tapi benda ni depan mata aku.. Sebelum ni si bapa hari hari akan datang kat tempat orang jual kuih ni. Duduk atas basikal lama, lepas tu dia lintas jalan pergi kedai runcit depan. Hari ni dia datang dgn anak perempuan dia.. lalu depan org juai kuih..  tak beli pun lepas tu pergi kedai runcit. Time nak balik aku tengok anak perempuan dia ambil sesuatu dari raga basikal bapa dia.. Nampak dia sangat excited.. aku pon excited jugak nak tau benda apa yg bapa dia beli. Rupa-rupanya jam tangan mainan. Si anak punya seronok.. walaupon jam tu bukan jam betul. Dia lompat peluk bapa dia dan lepas tu dia perasan aku dok perhati. Malu2 tarik facemask tutup muka. Terasa betul.. Ni bukan drama time maghrib kat tv 3 atau astro. Ni live allah taala nak tunjuk." Itulah yang diceritakan oleh Shah Carwash Supershine  Nampaknya cerita ini menyentuh perasaan ramai nitizen. Tapi ramai j...

Disney Hotstar dah boleh access dari Astro Ultrabox!! Quality macam mana?

Imej
  Umum tahu bermula daripada 28 hari bulan April tahun 2022 pelanggan Astro yang mengambil pakej movie dah boleh akses Disney hotstar daripada ultrabox. maka bangun sahur tadi saya pun try untuk buka Disney hotstar dari ultrabox tapi nampaknya masih tiada lagi pada waktu itu. Kecewa juga sementara waktu.  Kemudian pada pukul 8am lebih Saya cuba untuk buka sekali lagi dan kali ini saya dapati Disney hostel sudah boleh diakses melalui ultrabox. namun Sebelum tu ada proses registration yang perlu dilakukan oleh setiap pelanggan walaupun pelanggan tersebut Mungkin pernah menonton Disney Hotstar melalui tab ataupun peranti lain.   proses pendaftaran nya tak susah mana pun dan ianya hanya perlu mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja. selepas pendaftaran selesai maka anda dah boleh access Disney Hotstar melalui peranti ultrabox.   Pada pendapat saya kualiti gambar Disney hotstar adalah lebih baik daripada HBO. Mungkin kualitinya adalah kualiti ga...

Ketahui manfaat Zinc sebelum anda cuba supplemen lain!

Imej
 Zink adalah salah satu nutrien yang selalu dipandang sepi oleh masyarakat terutamanya di Malaysia ini. Zink secara amnya adalah nutrien yang terdapat di seluruh badan, membantu sistem imun dan metabolisme anda. Zinc juga penting untuk penyembuhan luka dan deria rasa dan bau anda. Dengan diet yang pelbagai, badan anda biasanya mendapat zink yang mencukupi. Sumber makanan zink termasuk ayam, daging merah dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan zinc. Namun tak semua sedar yang jika mengalami kekurangan nutrien ini.  Ini adalah benar untuk mereka yang mengamalkan diet yang kurang protein contohnya vegeterian dan juga mereka yang sudah mempunyai pelbagai penyakit. Zink ialah nutrien yang memainkan banyak peranan penting dalam badan anda. Kerana badan anda tidak menghasilkan zink secara semula jadi, anda mesti mendapatkannya melalui makanan atau suplemen.  Artikel ini menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang zink, termasuk fungsinya, faedah kesihata...

Ini kata orang tentang nilai minimum duit raya tahun ni

Imej
 Bila tiba musim perayaan dan tentulah kanak-kanak yang paling gembira terutama bila dapat duit raya. umum kita ketahui bahawa sudah dua tahun kita tidak berdaya kerana Covid 19 dan pada tahun ini tahun 2022 kita dapat merentas negeri beraya bersama-sama keluarga keluarga dan saudara di kampung.  Apapun ekonomi negara masih belum pulih dan masing-masing masih lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan ataupun KWSP. maka kali ini jom kita tengok berapakah duit raya yang patut kanak-kanak terima pada tahun ini  Selalunya bergantung kepada bilangan anak yang datang beraya. kalau yang datang beraya seorang dua mungkin dapat banyak sikit tapi kalau anak yang ramai mungkin dapat sikit.  Namun ada juga anak-anak yang tinggi permintaannya sehingga kan bila kita bagi RM5 pun dikatanya sikit.  Ramai juga yang mengamalkan dengan melebihkan duit raya aya untuk anak saudara berbanding dengan anak orang lain ...

Lotus tersilap letak harga gula. Betul ke?

Imej
 Lotus adalah jenama Thailand yang telah mengambil alih semua operasi Tesco di Malaysia. Banyak juga barang keperluan asas yang harganya dijual lebih murah dari pasaran ketika promosi dilakukan. Baru-baru ini tular di media sosial di mana gula 1 kg telah dijual dengan harga 79 sen sahaja di salah sebuah Lotus yg terdapat di Perak. Ini membuatkan ramai netizen teruja dan mula mengerumuni Lotus untuk mendapatkan gula dengan harga yang amat murah ini.  Namun sebaliknya berlaku apabila pihak Lotus telah membuat satu pengumuman di mana harga promosi RM0.79 seperti yang dinyatakan berlaku kerana salah cetak di akhbar. Apa pun ramai yang berpeluang membeli gula dengan harga yang murah ni. Namun ada juga yang kecewa kerana tak sempat membeli gula dengan harga murah ini. ini disebabkan ada sesetengah pelanggan yang membeli gula melebihi had yang dibenarkan. Ada netizen yang mempertikaikan secara lojiknya tentang kesalahan ini. Jika ianya adalah...

Jangan buat ini setelah kereta tenggelam banjir!!!

Imej
 Banjir adalah satu fenomena alam yang tidak dapat dijangka dan dielakkan terutama sekali kepada penduduk di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor yang kerap mengalami banjir kilat. Banjir 2021 adalah antara yang terburuk pernah berlaku di negara kita. Kali ni saya nak tunjukkan tips penjagaan kereta selepas banjir.   Selepas kereta anda ditenggelami banjir saya cadangkan anda untuk tidak menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan kos repair yang lebih tinggi jika air sudah memasuki sistem enjin anda. Sebaiknya anda harus terus menghubungi pihak insurans untuk menunda kereta ke service center atau bengkel yang berdekatan.  Namun ini bergantung kepada tahap keseriusan banjir ke atas kereta anda. Jika kenderaan anda penuh dengan lumpur kemungkinan besar bengkel akan menyuruh anda untuk mencuci terlebih dahulu. Jika banjir itu tidak melibatkan Lumpur maka anda boleh terus m...

Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 2

Imej
Episod 2 Lepas berhenti DPP, saya pun bersi4p baju dan barang kelengkapan yg perlu untuk dibawa ke Jepun. Bab baju saya tak kisah sangat asalkan ada Jeans, t shirt Dan dilapisi sweater jenama Cheetah diatasnya pun dah cukup. Saya bawa 1 luggage besar canvas warna hijau harga lebih kurang rm100 sahaja. luggage yg sama juga saya guna untuk ke Germany, Switzerland, China, Taiwan, Indonesia, Japan dll atas urusan kerja di Siemens Vdo/Continental. Tahan lama luggage tu. Bila persiapan hampir siap, saya sempat melawat Tok Yang & tok Wan hashim di Padang chicak, Sik Kedah. Tok Wan Hashim pernah dapat surat tawaran sambung belajar kat Jepun. Tokwan terkejut sebab tua tua dapat sambung belajar. Rupanya surat tu untuk jiran belakang rumah tokwan iaitu Pak Lang Ismail bin Hashim untuk belajar bidang pertanian. Nama Tokwan adalah Hashim bin Ismail. Surat tu datang dari Jepun dan Jepun tu letak nama bapa kat depan. Tu pasal surat tu sampai kat tokwan. Alamat kampung, faham2 la...

Kisah Belajar di Jepun 90an: Episod 1

Imej
Masa umur 18 hingga 20 tahun, setiap kali cuti panjang saya akan bekerja sebagai operator kilang di DPP( ayam dindings). Masa ni kat daerah Manjung sana ada kilang DPP, Mattel atau kilang sawit shj. 3 kali juga saya masuk dan keluar DPP. setiap kali saya masuk, saya akan masuk department yg berbeza. Department yg paling berat adalah EV. Orang  hebat  je yg boleh bertahan disini. Rata2 nya pangkat makcik dan abg2. Ni adalah department pertama yang saya masuk lepas SPM. Disini selepas ayam disembelih, dibuang bulu, perut dsb, ada 3 operator yg angkat dan gantung ayam ke chain conveyor untuk proses selanjutnya. Saya salah seorang operator tu. Kalau pengeluaran kilang hari tu adalah 30k ayam, maknanya setiap operator kena angkat 10k ayam sehari. abg Lat otai kat sini. bila hujung bulan, lagi mencabar sebab kena angkat ayam telur yg setiap satu berat lebih 5 kilo. Bila seluk dalam perut ayam tu, boleh dapat telur. Habis kerja, berbakul juga la telur yg dibawa balik. ...

Komen Netizen berkenaan servis wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani

Imej
 Setiap orang mesti pernah ada pengalaman masuk hospital paling tidak satu kali dalam seumur hidup.  Untuk mereka yang mempunyai keadaan kewangan yang bagus dah tentulah mereka mampu untuk pergi ke hospital swasta jika mengalami sakit.  Namun bukan semua orang mampu untuk pergi ke hospital swasta dan umum tahu kebanyakan penduduk di Malaysia ini tergolong di bawah kategori b40.  Untuk golongan b40 sudah tentulah pilihan mereka hanyalah Hospital Kerajaan.  Baru-baru ini tular di media sosial tentang layanan yang diterima di wad kecemasan hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah yg dikatakan terlalu lembab.  Namun bila kita lihat kepada komen-komen yang diberikan oleh Netizen ianya agak bercampur.   Umum kita ketahui bahawa setiap negeri semestinya ada satu atau dua hospital ut...

Keluhan masalah parking di rumah flat kos rendah

Imej
 Rumah adalah satu aset yang penting bagi setiap orang. Setiap keluarga seharusnya memiliki paling kurang satu rumah tak kiralah besar ataupun kecil. namun tak semuanya mampu untuk memiliki rumah yang besar sebaliknya hanya mampu memiliki rumah flat kos rendah terutama kepada penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar.  Di setiap negeri mestinya ada projek rumah mampu milik terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah di bandar. harga Biasanya bermula daripada RM40 ribu hingga RM 70 ribu dan permohonan hanya melalui Setiausaha Kerajaan Negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memastikan pemohon benar-benar layak. Di kala harga rumah melambung tinggi terkini tertentu yang memohon projek perumahan kos rendah ini adalah ramai.   kali ni kita nak tengok masalah yang selalu dihadapi oleh penduduk di flat rumah kos rendah ini. selain dari masalah pembuangan sampah, masalah parking adalah satu masalah yang sinonim dengan penduduk flat kos rend...