Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Macam mana kiraan dividen dan bonus ASB untuk orang yang rajin keluar masuk duit?

Imej
Kebanyakan orang tahu yg ASB hanya akan umumkan kadar dividen dan bonus setiap hujung tahun. Tapi bagaimana pula jika kita rajin masuk keluar duit ASB dalam setahun, sebulan atau seminggu? Bagaimana kiraannya? Saya rancang untuk masukkan semua pendapatan saya ke ASB setiap bulan dan keluarkan sedikit untuk perbelanjaan bulanan. Berbaloi ke cara macam ni dan bagaimana kiraan keuntungan? Untuk ini saya telah ke Maybank untuk dapatkan nasihat. Menurut pegawai bank disitu; ASB akan mengira keuntungan berdasarkan nilai simpanan terendah kita pada setiap bulan. Sebagai contoh jika kita ada RM100,000 pada awal bulan dan di pertengahan bulan kita keluarkan RM10,000; kemudian kita masukkan semula RM7,000 dihujung bulan; ASB akan mengira keuntungan kita berdasarkan RM90,000 dan bukannya RM97,000.  Kalau jika kita ada RM100,000 pada awal bulan dan di pertengahan bulan kita keluarkan RM10,000; kemudian kita masukkan semula RM20,000 dihujung bulan; ASB akan mengira keuntungan kita b...

Pengalaman makan menu Rahmah burger king

Imej
Sejak dilancarkan Menu Rahmah ni, nampaknya berebut-rebut peniaga buat menu Rahmah. Antara yang mencuri tumpuan saya adalah Burger King. Macam mana agaknya Burger yang branded macam ni boleh perkenalkan menu Rahmah? Dengan rasa ingin tahu maka saya pun pergi ke Burger King yang berdekatan.  Masa sampai dikaunter, saya was was juga sebab menu tersebut tidak dipamerkan di skrin. Bila tanya staff di kaunter, staff tersebut kata menu Rahmah ada disediakan. Maka saya pun order. Prosesnya sama je dengan order yang standard. Saya datang pada jam 12pm. kadangkala makanan berjenama ni harga diiklan  murah tapi bila bayar harga jadi lebih tinggi lepas campur cukai dan sebagainya. Namun ianya tidak berlaku untuk menu Rahmah. Anda akan bayar RM5 saja. Ini lah rupa Burger menu Rahmah. Agak nipis dari jangkaan saya.Lepas tu saya pun buka lah Burger tu untuk tengok dalam. Rupanya ada Burger daging, bawang dan sos mustard. Dari iklan saya ingatk...

Singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis kerepek, Nasz Kerepek di Sungai Besar.

Imej
Ameer selalu meminta kerepek bawang setiap kali kami melakukan perjalanan jauh. Di Penang, agak sukar untuk mencari kedai yang menawarkan banyak pilihan kerepek. Namun, kami mempunyai rancangan lain kerana kami ingin pulang ke kampung di Kuantan melalui jalan yang lebih jauh kali ini. Jalan ke Genting Highland masih ditutup setelah kejadian tanah runtuh pada bulan November 2022. Perjalanan kami akan melalui beberapa pekan kecil seperti Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar, dan Tanjung Karang. Kami masih ingat ada banyak gerai tepi jalan di pekan-pekan tersebut yang menjual produk kampung. Pastinya terdapat kedai yang menjual kerepek seperti yang disukai oleh Ameer. Kami tidak sempat untuk melakukan kajian tentang kedai terbaik kerana sibuk dengan persiapan pulang ke kampung. Ketika dalam perjalanan, Ameer tiba-tiba mengingatkan kami untuk membeli kerepek. Sebenarnya, kami hampir lupa. Ketika sampai di Parit Haji Dorani, kami melihat papan tanda Nasz Kerepek di tepi jalan. ...

Pengalaman makan Mee Udang Selambak Cik Wa, Telaga Nenas

Imej
Mee Udang Selambak Cik Wa, sebuah restoran hidangan laut yang terkenal di Kg. Telaga Nenas, Ayer Tawar, Manjung. Walaupun saya tinggal di mukim yang sama sejak kecil, baru-baru ini sahaja saya berpeluang untuk mencuba hidangan yang sangat terkenal ini. Mengikut cerita ibu saya, ia amat enak. Akhirnya, saya memutuskan untuk mencuba sendiri dan melihat apakah yang membuat hidangan ini begitu istimewa.Jom! Di sini terdapat pelbagai menu menarik yang boleh anda nikmati, tetapi menu utamanya adalah hidangan yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Kami memilih untuk mencuba Mee Bandung udang, koeteow udang, nasi goreng udang, dan juga nasi goreng kampung. Namun, yang membuat saya gembira ialah di sini kita juga boleh memesan makanan yang tidak menggunakan udang. Ianya merupakan peluang yang baik untuk berjimat kerana banyak restoran mee udang yang saya pernah pergi wajib memesan makanan berasaskan udang. Malah, saya terkejut bahawa kanak-kanak berusia 3 tahun pun perlu memesa...

Dilema baik buruk markup loan rumah

Imej
 Kebanyakan projek perumahan di Malaysia kini menawarkan rebat sebanyak 10 peratus dari harga rumah. Ini bertujuan untuk memudahkan pembeli yang hanya layak memohon pinjaman bank 90% membeli rumah mereka.  Contohnya jika rumah tersebut dijual pada harga RM500,000 dan kemudian pihak pemaju menawarkan 10 peratus rebate, ini bermakna pembeli dapat penjimatan sebanyak RM50,000. Secara tak langsung harga rumah yang dibeli tadi sebenarnya adalah RM450 ribu sahaja.  Namun ada sesetengah pembeli yang layak untuk full loan atau 100% loan cenderung untuk menukarkan rebet ini kepada markup.   Bermaksud dari memohon pinjaman sebanyak RM450,000;  golongan ini terus memohon loan sebanyak RM500,000 mengikut harga asal.  Dengan ini mereka ada lebihan sebanyak RM50,000 yang boleh digunakan untuk kegunaan renovation rumah ataupun hal-hal lain.  Ramai kakitangan tentera yang membuat pinjaman koperasi dan mengalami masalah untuk membayar hutang koperasi s...

Tak nak beli rumah sebab tak nak kena jawab di akhirat!

Imej
Ternampak satu posting di FB group berkenaan mengapa orang masih menyewa. Namun saya lebih tertarik dengan komen ni. Menurut beliau, adalah lebih baik tidak membeli rumah jika kita terpaksa memohon pinjaman bank. Katanya tak nak menjawab diakhirat.  Mungkin beliau muda lagi sebab gambar pun macam baru kahwin. Sekarang boleh lah cakap tak nak beli rumah sebab takut nak jawap di akhirat. Saya harap agar beliau istiqamah dengan pandangan tersebut sampai bila-bila.  Bukan saya nak menidakkan beliau tapi saya ingin membawa anda ke alam realiti. Bukan tak boleh simpan duit dan beli rumah secara tunai. Masalahnya kenaikan harga rumah lebih tinggi dari kenaikan simpanan duit tunai kita. Lainlah kalau kita ada business viral yg dalam 6 bulan boleh jadi jutawan. Saya bercerita tentang rakyat marhaen yang kebanyakannya kerja makan gaji.  Sekarang ni islamic finance pun ada. Bab hukum, biarlah mereka yg menjawapnya. Mereka pun ada panel syariah yang bijak pandai dalam huk...

Kenduri Lembu Golek di Gurun, Kedah

Imej
*Restoran Top D’Gurun* *Jemput semua mai ‼️‼️‼️* *MAKAN KENDURI* *LEMBU GOLEK * *Cicah air asam kampung* ✅ 13/14/15 Februari 2023 Bermula jam 11.30 pagi sampai lembu golek habis .. Untuk menu2 lain pun ada ..cuma menu2 lain seperti Sotong Buncit Jahat dan lauk2 lain..yg tu berbayar tau😅 YANG PERCUMA  NASI,LEMBU GOLEK DAN SUP 🔥 Restoran Top D Gurun (Cawangan Gurun) Parking pun dah besaq sangat dah🤩pakat mai na..nak mai 3 hari berturut2 pun boleh☺️ Minta share☺️

Misi mencari tempat yg boleh menerima baju terpakai yg masih elok di Penang

Imej
 satu hari isteri saya panggil saya untuk membuang baju-baju yang dia dah tak pakai. Setelah dikumpulkan ada lebih kurang 6 karung beg plastik juga semuanya.  Tapi sebelum saya buang saya sempat membuka beg plastik tersebut dan saya dapati bahawa banyak baju-baju yang masih elok dan harganya saya rasakan mahal.  Saya tak sampai hati nak membuangnya. Saya rasakan mesti ada orang yg akan appreciate baju baju ni. Isteri saya cikgu. Faham faham lah. Cikgu kan suka bergaya.  Maka saya memutuskan untuk mencari tempat yang boleh menerima baju-baju yang terpakai.  Setelah saya bertanya di fb group saya dapati bahawa Masjid Bertam Indah dan juga Masjid Permatang Rambai di Penaga ada menerima baju terpakai.   Pada mulanya saya pergi ke masjid Bertam Indah namun hampa kerana saya dapati bahawa mereka sudah tak terima baju terpakai lagi. ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk mengasingkan baju-baju tersebut dan ada juga baju yang sudah langsung ti...