Catatan

Cara mudah dan murah buat sos peri peri macam Nando's

Imej
 pertama kali saya makan Nando's adalah pada tahun 2001 setelah saya pulang tamat belajar dari Jepun. Saya ingat lagi masa tu nama Nando's masih asing dan saya pun musykil adakah ianya halal atau tidak. Dari luar nampak macam bar. Saya masuk pun sebab dapat kupon selepas derma ke Majlis Kanser Negara (Makna).   Selepas saya menikmati pada pertama kali saya terus terpikat dan selepas itu saya kerap mengunjungi Nando's berbanding dengan KFC. Namun dengan peningkatan kos harga bahan mentah terutama selepas COVID, harga makanan di Nando's juga meningkat dan ayam juga makin kecil berbanding dahulu. Anak anak pula makin membesar dan satu ketul saja tak cukup. Maka saya terpaksa mencari alternatif iaitu dengan membuat ayam bakar sendiri berinspirasikan Nandos. Sebenarnya banyak kali saya cuba dari resipi yg terdapat di pelbagai website. Bagi saya bahan yg digunakan mereka agak sukar didapati dan kosnya juga agak tinggi.  Maka saya buat versi saya dengan bahan ya...

Sejarah panjang Cromok

Imej
 Assalamualaikum semua . Kali ni saya nak tuliskan tentang sejarah penubuhan Kumpulan Cromok iaitu kumpulan Metal bertaraf legend yang mempunyai ramai peminat di Malaysia ini termasuklah saya. Selain itu kumpulan ini juga memberi inspirasi kepada saya untuk menubuhkan band semasa saya belajar di Jepun( 1998~2001). Namun band kami bukanlah 100% Malaysian sebab di tempat kami cuma ada 4 orang Malaysia sahaja dan hanya 2 orang sahaja yg boleh perform.  Ahli yang lain adalah pelajar berbangsa Jepun. Memang teringin main lagu Cromok tapi tak dapat sebab kat Jepun tak ada buku note lagu Cromok. Kawan Jepun kami cuma pandai tengok note saja dan tak reti cari kod sendiri. Maka kami main Metallica saja. Lagipun kebanyakan Jepun yang tinggal kat bandar kecil kami tak pernah dengar lagu Metallica. Saya guna kesempatan Jepun yg pandai baca note ini untuk main lagu susah seperti Master of Puppets, Creeping Death, One, Sanitarium, Horsemen dan Battery. Memang dapat sambutan yg baik dikalang...

Pengalaman tengok kebangkitan pasukan bolasepak Jepun pada 1998

Imej
Hari ini bila bangun pagi saya dikejutkan dengan berita kemenangan Jepun ke atas Spain di pentas World Cup malam tadi. Ini menjadikan Jepun sebagai juara kepada kumpulan E dan berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.  Hampir mengalir air mata saya bila melihat reaksi pemain-pemain dan juga penyokong Jepun yang meraikan kemenangan di Stadium malam tadi.   Walaupun bukan negara sendiri tapi saya beruntung dapat perhatikan bagaimana Jepun bermula jadi negara yang hebat dalam bolasepak. Jepun pertama kali memasuki piala dunia pada tahun 98 di mana ketika itu saya juga tahun pertama belajar di Jepun. Nama-nama pemain yang hebat ketika itu adalah Nakata, Nakayama dan Inamoto. Jurulatih pun Okada orang tempatan. Walaupun Jepun kalah kesemua perlawanan pada tahun 98 tetapi impaknya kepada rakyat Jepun amat besar masa tu.   Balik Jepun, nama mereka dijulang. Media massa bagi publisiti yg meluas. Bila ada antara mereka dapat bermain di luar negara, ada ...

10 Suara artis lelaki yang kita boleh cam tanpa tengok wajah

Imej
Bagi penggemar filem di Malaysia, mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan ada suara-suara pelakon yang kita boleh cam tanpa kita perlu melihat wajah pelakon tersebut.  Juga memang kita tidak dapat nafikan bahawa pelakon yang hebat selalunya mempunyai suara yang unik. Di post kali ini saya ingin menyenaraikan senarai pelakon pelakon lelaki antarabangsa yang mempunyai suara yang mudah dicam oleh penggemar filem di Malaysia. Sean Connery    Sean Connery pelakon yang tidak asing lagi dengan watak James Bond tetapi selain dari itu beliau juga banyak melakonkan watak watak utama dalam banyak filem. Suara beliau memang sesuai dengan watak perisik yang berjiwa romantik. Liam Neeson  Liam Neeson adalah pelakon yang banyak melakukan filem aksi tapi mempunyai suara yang tenang. Selain dari itu beliau juga adalah narator yang bagus Morgan Freeman  Morgan Freeman mempunyai suara yang nampak bijak bila berbicara serta membuatkan pende...

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Imej
 Ramai yang tidak sedar bahawa semasa menjual kereta, kita sebenarnya boleh mendapatkan balik insurans kereta yang tidak digunakan. Contohnya, jika kita menjual kereta dan masih ada baki insurans selama 5 bulan, kita boleh mengklaim baki yang tidak digunakan tersebut. Malangnya, ramai Penasihat Jualan kereta yang tidak memberitahu atau membantu mengenai perkara ini. Oleh itu, kali ini saya akan menunjukkan cara membuat tuntutan untuk baki insurans tersebut. Pertama, kita perlu mendapatkan e-auto slip yang dikeluarkan oleh pihak yang mengambil kereta kita untuk dijual, biasanya penjual kereta terpakai. Bagaimana rupa e-auto slip ini? Saya sertakan lampiran di sini supaya anda boleh rujuk.    Setelah anda mendapatkan e-auto slip ini, anda boleh pergi terus ke pejabat syarikat Takaful atau melakukannya secara dalam talian untuk proses tuntutan. Jika anda memilih untuk pergi terus ke pejabat syarikat Takaful, di sana mereka akan menyediakan borang tuntutan. Tidak ...

Star Wars: kisah bagaimana syarikat Lucasfilm ditubuhkan

Imej
 Ramai diantara kita yang pernah menonton filem star wars dan filem ini mempunyai berjuta-juta pengikut diseluruh dunia dan latar belakang. Untuk bercerita tentang star wars kita tak boleh lari dari menceritakan tentang George Lucas dan Lucasfilm. Kali ni kita nak ungkap sedikit sejarah bagaimana Lucasfilm bermula. Membesar di Modesto, California; George Lucas membesar dengan membaca buku kisah pengembaraan dan juga siri televisyen dan impiannya sendiri untuk membuat filem mula timbul pada tahun 1963. Dia tinggalkan Modesto untuk ke kelas filem di University of Southern California(USC).   Irvine Keshner: "Saya mengajar di USC dan George hadir ke salah satu seminar. Kami bercakap tentang beberapa percubaan awal beliau dalam pembikinan filem dan saya tahu dari awal yang dia ada versi yang unik." George adalah seorang pelajar yang sentiasa berfikir di luar kotak seperti yang awak boleh lihat dalam filem pelajarnya iaitu THX1138. Dia buat filem sepanjang 20 minit seda...

Pertikaian parking lot diantara 2 peniaga di Sungai Petani

Imej
Hari ni terbaca pertikaian 2 peniaga tentang masalah parking di lot kedai mereka. Oleh kerana saya rasakan drama ini menarik, saya copy dan paste disini kot kot ada yg suka. Difahamkan perkara ini pernah dibangkitkan beberapa bulan sebelum ini dan nampaknya masih berlarutan. ************* Post di FB 21/11/2022 , 2.00pm Kepada Encik Nizam Man @ owner KTAM SP *orang lain dalam video tiada kena mengena. boleh dah kot fikir orang lain sama. nak letak kereta rosak ka apa sila letak di hadapan kedai anda sahaja. boleh faham kot. banyak kali dah saya cakap. susah la bila tak ada sifat tolak ansur. kita mai meniaga tempat orang. orang lain meniaga jugak. cari berkat dalam berniaga insyaAllah hidup tenang.  Sumpah saya tak pernah jumpa lagi manusia macam ni.  mintak ubah tak heran,sambung buat kerja mcm takdak apa padahal saya dok tunggu nak masuk parking DEPAN KEDAI saya ni. 📍TAMAN LEMBAH MERBOK @ TAMAN TUPAH * tambahan info 😁 disebabkan owner bengkel dah respon dekat ko...