Rumah Subsale: Jangan terbeli rumah yang ada retak pada struktur bangunan

Hari ni saya tengok rumah yang nak dijual. Masa inspection tengok banyak retak pada dinding rumah. Seperti saya jangkakan ianya kesan dari tanah mendap hingga melibatkan struktur bangunan. Lokasi di Pinggiran Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya minta tuan rumah untuk berbincang dengan pihak pemaju dulu sebab secara asasnya tiada siapa yang nak beli rumah yang ada masalah retak struktur bangunan. Saya pun tak nak terlibat dalam menjual rumah yang macam menganiaya pembeli. 
Bulan lepas pun ada kawan minta jualkan rumahnya. Juga ada masalah retak struktur bangunan. Tanah mendap sampai biawak pun boleh keluar masuk dari bawah rumah beliau. Beliau adalah pemilik ketiga rumah tersebut dan masa beli pun beliau kata dah nampak kesan cuma sangkaan beliau ia hanyalah garisan biasa di dinding ketika itu. " Kalau hang panggil aku masa nak beli rumah dulu pun bagus. Mungkin aku tak bagi hang beli rumah ni. "

Kepada korang yang nak beli rumah, boleh je ajak kawan-kawan kontraktor atau ejen hartanah yang berpengalaman untuk check rumah dulu sebelum buat keputusan nak beli. Macam saya, asalkan kawan-kawan tak terkena dan menyesal di kemudian hari. Saya pun bukannya expert tapi belajar dari pengalaman sahaja. Ada corak-corak garisan yang sekarang nampak macam biasa tapi lama kelamaan baru jelas kelihatan retak struktur bangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan