Ada ketikanya McDonald's lah yang kita cari
Semalam saya ada cerita yang saya memang tak pergi sangat McD. Tapi ada satu ketika yang saya memang terdesak cari McD iaitu ketika saya di Shanghai dan Suzhou, China. Masa tu pergi atas urusan kerja dan ada staff dari Shanghai yang bawa kami makan. Namun tempat makan yang dia bawa selalunya kami tak lalu makan. Ada ke patut dia order siput babi untuk kami. Manalah kami tahu sebab depa cakap Mandarin. Lama juga kami tunggu order siap dan bila sampai tengok rupanya siput babi, kecewa ooo. Order ikan goreng pun problem juga. Ikan goreng depa tak letak kunyit dan goreng gitu je. Masuk tekak rasa macam nak keluar balik. Gitu juga dengan lauk lain. Sambal pun depa tak tumis. Cili kering tu depa blender dan rebus gitu je untuk jadi sambal. Masuk hari ketiga kami decide untuk makan sendiri untuk tengah hari dan malam. Bila kita di tempat asing, kita mesti akan cari benda yang kita kenal terlebih dahulu. Yang kita kenal kat sana dan rasa ada benda boleh makan cuma McD dan Burg...