Gap atau celah tak sekata antara bahagian kereta. Apa yg berlaku sebenarnya?
Adalah menyakitkan mata dan hati jika kita dapat kereta baru dan kita dapati ada celah(gap) yang tak normal antara setiap part. Contohnya antara bonet dengan lampu belakang, hood depan dengan lampu dsb. Bertambah sakit mata jika kiri gap besar dan kanan gap kecil. Tak sekata. Mengapa ini boleh terjadi? Tak boleh buat perfect ke? Dalam bidang kejuruteraan, tak ada engineer yang boleh tahu semua benda. Untuk satu kereta, ianya akan memerlukan berpuluh jurutera di bahagian R&D. Jurutera kereta pakar dalam membuat kereta tapi mereka bukan pakar dalam pembuatan komponen kereta contohnya meter cluster, lampu, radio, steering system dan pelbagai lagi. Seperti saya pernah sebutkan di post sebelum ini, setiap kereta mempunyai lebih dari 2000 komponen. Kepakaran komponen kereta ada di pembekal komponen yg juga mempunya jurutera R&D mereka sendiri. Begitu juga dengan pembekal komponen yang tak boleh buat semua benda. Mereka masih perlukan kepakaran dari injection mo...