Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

10 Suara artis lelaki yang kita boleh cam tanpa tengok wajah

Imej
Bagi penggemar filem di Malaysia, mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan ada suara-suara pelakon yang kita boleh cam tanpa kita perlu melihat wajah pelakon tersebut.  Juga memang kita tidak dapat nafikan bahawa pelakon yang hebat selalunya mempunyai suara yang unik. Di post kali ini saya ingin menyenaraikan senarai pelakon pelakon lelaki antarabangsa yang mempunyai suara yang mudah dicam oleh penggemar filem di Malaysia. Sean Connery    Sean Connery pelakon yang tidak asing lagi dengan watak James Bond tetapi selain dari itu beliau juga banyak melakonkan watak watak utama dalam banyak filem. Suara beliau memang sesuai dengan watak perisik yang berjiwa romantik. Liam Neeson  Liam Neeson adalah pelakon yang banyak melakukan filem aksi tapi mempunyai suara yang tenang. Selain dari itu beliau juga adalah narator yang bagus Morgan Freeman  Morgan Freeman mempunyai suara yang nampak bijak bila berbicara serta membuatkan pende...

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Imej
 Ramai yang tidak sedar bahawa semasa menjual kereta, kita sebenarnya boleh mendapatkan balik insurans kereta yang tidak digunakan. Contohnya, jika kita menjual kereta dan masih ada baki insurans selama 5 bulan, kita boleh mengklaim baki yang tidak digunakan tersebut. Malangnya, ramai Penasihat Jualan kereta yang tidak memberitahu atau membantu mengenai perkara ini. Oleh itu, kali ini saya akan menunjukkan cara membuat tuntutan untuk baki insurans tersebut. Pertama, kita perlu mendapatkan e-auto slip yang dikeluarkan oleh pihak yang mengambil kereta kita untuk dijual, biasanya penjual kereta terpakai. Bagaimana rupa e-auto slip ini? Saya sertakan lampiran di sini supaya anda boleh rujuk.    Setelah anda mendapatkan e-auto slip ini, anda boleh pergi terus ke pejabat syarikat Takaful atau melakukannya secara dalam talian untuk proses tuntutan. Jika anda memilih untuk pergi terus ke pejabat syarikat Takaful, di sana mereka akan menyediakan borang tuntutan. Tidak ...

Star Wars: kisah bagaimana syarikat Lucasfilm ditubuhkan

Imej
 Ramai diantara kita yang pernah menonton filem star wars dan filem ini mempunyai berjuta-juta pengikut diseluruh dunia dan latar belakang. Untuk bercerita tentang star wars kita tak boleh lari dari menceritakan tentang George Lucas dan Lucasfilm. Kali ni kita nak ungkap sedikit sejarah bagaimana Lucasfilm bermula. Membesar di Modesto, California; George Lucas membesar dengan membaca buku kisah pengembaraan dan juga siri televisyen dan impiannya sendiri untuk membuat filem mula timbul pada tahun 1963. Dia tinggalkan Modesto untuk ke kelas filem di University of Southern California(USC).   Irvine Keshner: "Saya mengajar di USC dan George hadir ke salah satu seminar. Kami bercakap tentang beberapa percubaan awal beliau dalam pembikinan filem dan saya tahu dari awal yang dia ada versi yang unik." George adalah seorang pelajar yang sentiasa berfikir di luar kotak seperti yang awak boleh lihat dalam filem pelajarnya iaitu THX1138. Dia buat filem sepanjang 20 minit seda...

Pertikaian parking lot diantara 2 peniaga di Sungai Petani

Imej
Hari ni terbaca pertikaian 2 peniaga tentang masalah parking di lot kedai mereka. Oleh kerana saya rasakan drama ini menarik, saya copy dan paste disini kot kot ada yg suka. Difahamkan perkara ini pernah dibangkitkan beberapa bulan sebelum ini dan nampaknya masih berlarutan. ************* Post di FB 21/11/2022 , 2.00pm Kepada Encik Nizam Man @ owner KTAM SP *orang lain dalam video tiada kena mengena. boleh dah kot fikir orang lain sama. nak letak kereta rosak ka apa sila letak di hadapan kedai anda sahaja. boleh faham kot. banyak kali dah saya cakap. susah la bila tak ada sifat tolak ansur. kita mai meniaga tempat orang. orang lain meniaga jugak. cari berkat dalam berniaga insyaAllah hidup tenang.  Sumpah saya tak pernah jumpa lagi manusia macam ni.  mintak ubah tak heran,sambung buat kerja mcm takdak apa padahal saya dok tunggu nak masuk parking DEPAN KEDAI saya ni. 📍TAMAN LEMBAH MERBOK @ TAMAN TUPAH * tambahan info 😁 disebabkan owner bengkel dah respon dekat ko...

Cara nak elakkan gap atau celah kenderaan dari menjadi besar kemudian hari.

Imej
 Di post sebelum ini saya ada menceritakan tentang bagaimana kereta kita lambat-laun akan mempunyai gap atau celah yang besar di antara bahagian kereta.   Cuba kita bayangkan bagaimana satu lori trailer yang besar dan panjang tiba tiba membelok dengan kelajuan yang tinggi.  Sudah tentulah kontena di belakang treler itu akan terbalik. Itu secara mata kasarnya. Secara fiziknya pula; bahagian depan kenderaan bergerak ke arah baru tapi bahagian belakang masih mengekalkan momentum ke arah sebelumnya. Maka dalam satu kenderaan tersebut ada konflik daya diantara dibahagian depan dan juga belakang. Lagi aggresif belokan trailer itu dibuat, lagi kuatlah konflik daya atau rintangannya. Begitulah juga dengan apa yang akan berlaku pada kereta. Oleh kerana saiz kereta yang kecil berbanding dengan lori trailer, kita mungkin tak nampak sangat kesannya itu. Lagipun kereta rendah dan beratnya kurang dari lori treler. Tapi secara fizik kesan tersebut tetap ada....

Terdengar Dr.Jomo Kwame sebut insyaallah

Imej
 Jika anda cakna tentang hal ehwal ekonomi Malaysia, mesti anda pernah mendengar nama Dr. Jomo kwame sundaram iaitu pakar ekonomi terkemuka negara. Kebetulan hari ini saya ada mengikuti satu siaran di Astro Awani dan ketika itu ada perbincangan tentang ekonomi Malaysia dan Dr. jomo kwame sundaram adalah jemputan dalam program tersebut.   Saya difahamkan beliau adalah campuran Cina dan India dan namanya diberikan sempena nama pejuang di Afrika. Memang menarik. Namun saya amat terkejut kerana pada program tersebut saya terdengar Dr. Jomo Kyame ada menyebut insya-allah dalam program tersebut. Macam tak percaya. Adakah beliau seorang muslim? Sebelum ni saya tak pernah terfikir nak check. Jadi saya Google untuk mendapatkan kepastian dan akhirnya saya jumpa artikel dibawah.  Tak sangka rupanya beliau adalah seorang Islam. Apapun latar belakang beliau memang Kita tak boleh nafikan sumbangan beliau terhadap ekonomi negara. Heba...

GV9: Netizen persoalkan mengapa bukan Tomok yg disingkirkan semalam

Imej
 Pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang diadakan semalam telah melabuhkan tirainya dengan Asheed dari kumpulan defgabc setelah tersingkir pada minggu ini. Namun ada cakap-cakap tak puas hati tentang mengapa Asheed yang keluar dan bukannya Tomok kerana nyanyian  Ashhed lebih baik dari Tomok. Nyanyian Tomok semalam agak sukar didengari.    Semasa persembahan kita boleh juga lihat reaksi Tok RAM di mana beliau menekapkan earphone di telinga dipercayai kerana susah untuk mendengar suara Tomok dengan jelas. Selepas persembahan tok ram juga nampak kecewa dan memberikan komen tentang audio Tomok yang agak kurang jelas.  Kemudian Nabil membalas bahawa ia mungkin salah dari jurutera audio dengan gaya berseloroh.  Ada juga netizen yang menyalahkan Bob kerana Bob yang memilih lagu Awas untuk Tomok. Semasa wawancara Tomok menyatakan bahawa cabaran lagu ini adalah bahagian rap tapi dari persembahan kita juga boleh dapati bahawa bahagian n...

6 Kedai sedap di Pulau Pinang yg kurang dikenali oleh orang luar yg patut anda cuba

Imej
Bila kita sebut pasal makanan Pulau Pinang semestinya orang akan terbayangkan nasi kandar beratur, Line clear, Hameediyah, Mee Sotong, Roti Canai transfer road, char koey teow dan pelbagai lagi. Tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap di Pulau Pinang  ini yang masih tidak diketahui oleh orang luar. Juga agak menyedihkan bila ramai yang ingatkan makanan yang sedap hanya berada di bahagian Pulau sahaja dan tidak terlintas di fikiran mereka yang Seberang Perai juga adalah syurga makanan sedap dan ada yang jauh lebih sedap daripada apa yang mereka boleh dapati di Pulau.  Bab harga pun kebanyakan makanan yang ada di Seberang Perai ini harganya lebih murah dari di Pulau Pinang. Bukan nak kata peniaga di sebelah Pulau ambil untung lebih tapi kita kena tahu bahawa sewa kedai atau tanah di belah Pulau adalah lebih tinggi dari sewa di bahagian Seberang Perai.  Kali ni saya nak bawa anda untuk melihat tempat makanan yang menarik dan sedap yang ada di Pulau Pinang  yang a...

Sejarah industri automotif negara yang mungkin tak ramai tahu

Imej
 Saya nak sampaikan satu cerita yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika saya menghadiri sidang otomotif yang berlangsung sekitar 12 tahun dahulu. Cerita ini agak menarik untuk dikongsikan dan rugi rasanya kalau saya simpan cerita ni sorang-sorang. Sebenarnya pihak media juga hadir untuk membuat liputan pada sidang itu tapi malangnya cerita lain pula yang mereka keluarkan. Saya bukan penyokong GTA ye! Berbalik kepada topik asal. Ketika Tun Dr Mahathir mula mentadbir negara pada tahun 1981, ketika itu rata-rata penduduk Malaysia masih lagi mempunyai tahap pendapatan yang rendah terutama sekali orang Melayu. Rata rata orang Melayu ketika itu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan  dan penoreh. Maka beliau berhasrat mengubah nasib anak petani, pesawah, nelayan dan penoreh untuk menjadi lebih baik. Lebih baik bermaksud untuk anak-anak golongan ini bertukar menjadi golongan profesional yang berpendapatan tinggi.  Beliau fikirkan profesion itu juga nanti mestilah ...

Abnormal gap: Jom kita tengok masalah ni kat kereta mahal.

Imej
Dari post saya sebelum ini tentang abnormal gap atau celah antara part, saya rasa saya nak sambung sedikit lagi mengenai topik ini. Kebetulan ada yang mengatakan masalah abnormal gap ini adalah disebabkan kereta tersebut dipasang di Malaysia atau istilah dalam automotif ianya dipanggil CKD( Complete Knocked Down). Satu lagi istilah untuk kereta baru yang dah siap dipasang dari luar negara adalah CBU( Complete Built Unit). Apa jaminan jika beli kereta CBU, kita tak akan hadapi masalah abnormal gap ni? Untuk menjawab soalan ini saya sempat snapshot dari google gambar gambar kereta lain yang ada masalah ini untuk tatapan semua. Saya saja ambil contoh dari kereta mahal. Dengan teknologi yang kita ada sekarang, malangnya setakat ini jawapannya tidak. Masalah abnormal gap ini tetap ada walaupun kereta itu tidak dipasang di Malaysia. Normal sebenarnya untuk orang kita beranggapan bahawa quality CKD...