Episod 1: Pengalaman memiliki 3 generasi Honda Civic
Assalamualaikum semua. kali ini saya nak menceritakan tentang pengalaman saya menggunakan Honda Civic selama 3 jenerasi. Tujuan Post ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan juga tips tentang kereta ni agar dijadikan panduan untuk mereka yg ingin terjebak dengan model ini. Post ini akan mempunyai beberapa episod sebab ianya agak panjang. Saya mula menggunakan honda civic FD pada tahun 2011 Setelah saya berpindah kerja dan mendapat gaji yang lebih berbanding dengan gaji di tempat kerja yang lama. Sebelum itu saya menggunakan Kia Spectra selama lebih kurang 5 tahun. Pada ketika ini saya juga amat terpengaruh dengan fungsi auto Cruise. Bagi saya kereta yang akan saya pilih nanti mestilah mempunyai fungsi ini. Kebetulan kerja saya memerlukan pemanduan jarak jauh yang kerap. Boleh kata setiap minggu lebih kurang dua kali saya akan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang. Saya ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Toyota Camry yg disediakan syarikat. bagi s...