Pengalaman kereta Perodua Myvi tak boleh hidup ( bukan masalah bateri) dan barang apa yang bengkel tukar
Semalam kereta Perodua Myvi saya ada masalah untuk Start enjin. Dah beberapakali cuba tapi tetap tidak berjaya. Maka saya pun ke bengkel terdekat dan minta mereka datang untuk periksa. Mereka hantar seorang staff bersama bateri. Bila tiba, Staff pun buka bonet depan dan dia bagitahu bateri kereta masih lagi original. Saya pun sebenarnya terlupa langsung untuk tukar bateri kereta sebab kereta ini jarang digunakan. Dia ingatkan kereta ini berusia 3 tahun. Bila saya bagitahu usianya sudah 6 tahun, staff tu terkejut. Selepas dicuba dengan bateri baru, ianya masih tidak boleh hidup. Kemungkinan throttle body kotor atau masalah spart plug katanya. Maka kereta harus ditunda ke bengkel. Untuk towing, saya menghubungi takaful Malaysia dan alhamdulillah takaful Malaysia sangat membantu dan memudahkan. Ini kali kedua saya menggunakan khidmat tunda melalui Takaful Malaysia. Sejam kemudian lori tunda pun tiba dan kereta saya dibawa ke bengkel. Baru saya pera...